Pengenalan : Koperasi Amanah Warisan HAB Terengganu Berhad

Pengenalan K-Awabin

Memperkasakan Pusaka Warisan HAB

Koperasi Amanah Warisan Hab Terengganu Berhad (K-Awabin) ditubuhkan pada 31 Januari 2023 dengan Ahli awal seramai 23 orang.

Sebelum peringkat penubuhan koperasi, ahli-ahli pernah menjalankan aktiviti pertanian melalui aktiviti kebun dan perundingan hartanah ke atas aset-aset yang dimiliki keluarga secara aktiviti dan sumbangan dana keluarga (Koperasi tak rasmi) selama lebih 30 tahun dari tahun 1986 sehingga Koperasi ditubuhkan pada 31 Januari 2023.

Keupayaan dan kebergantungan kepada aktiviti keluarga hanya mendapat  keuntungan yang minima  dan dalam keadaan statik.

Idea untuk penubuhan Koperasi Keluarga bermula 5 tahun lalu iaitu pada 2019 di Mesyuarat Keluarga Di Hotel Seri Malaysia dengan tema Perkasakan Pusaka Haji Abu Bakar sebagai wawasan menyatukan semua keluarga .

Kini setelah hampir 2 tahun beroperasi usai mendapat Sijil Pendaftaran pada Januari 2023 , tema kita adalah Membudayakan K-Awabin agar kultur dan disiplin koperasi diserap mendalam dikalangan semua ALK , Urusetia dan seluruh anggota K-Awabin.

Mendatang ,kita akan garapkan tema lain untuk merealisasikan sepenuhnya potensi K-Awabin seperti di dalam Rancangan Perniagaan 10 tahun kita. In sya Allaah.

Selepas penubuhan Koperasi, sedang giat menjalankan Projek Perintis Tanaman Rumput Napier dalam sektor Program Keterjaminan Makanan seluas 2.5 ekar tanaman di bawah bimbingan dan bantuan dana Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) Koperasi Baru sebanyak RM 100,000.00

Dengan kelebihan utama lokasi yang strategik berhadapan dengan Jalan Utama Kuala Terengganu-Kuala Berang, projek tanaman napier ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penternak-penternak runcit di sekitar Ajil dan Hulu Terengganu. Bukan sahaja kepada penternak ruminan runcit malahan mendapat permintaan yang positif dari Operator Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka dan Tasik Kenyir sebagai sumber pembekalan pemakanan harian kepada puluhan ekor gajah di sana.

K-Awabin berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama pada 28 Disember 2024.

Di dalam Ucaptama perasmian MAT pertama, Pengerusi K-Awabin dengan harapan dan keizinNya jalinan usahasama dan kerjasama erat di antara ahli Warisan HAB ini dapat memberi manfaat yang besar kepada anggota semua. Semoga setiap agenda yang dirancang dan direncanakan akan berjalan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Pengerusi Ayahanda AC juga menyeru kepada generasi muda iaitu anakanda2 barisan generasi ke-2, ke3 dan seterusnya untuk bersama-sama turun padang membantu apa yang sedang diusahakan oleh K-Awabin. Kerana apa yang sedang diusahakan ini, tidak lain tidak bukan adalah harta dan amanah yang telah ditinggalkan oleh Arwah Atok @ Boh dan Arwah Nenda @ Wan secara kurniaan percuma sahaja kepada kita.

Sehingga kini, Ahli Koperasi aktif seramai 92 orang dengan anggota yang terdiri dari umur 18 ke 80 tahun. Modal Syer Anggota berjumlah RM 2.379 juta

Pengenalan Koperasi

Maklumat Rasmi Koperasi

(setakat 30 Jun 2025)

No Pendaftaran Koperasi : 2023705000844

Tarikh Penubuhan Koperasi : 31 Januari 2023

Bilangan Anggota Koperasi : 92 Ahli

Modal Syer Anggota : RM 2.379 Juta

Nilai Aset Bersih : RM 2.487 Juta

Bilangan ALK : 12 Orang

Pengerusi : Sidek Khalid Bin Abu Bakar

Setiausaha : Zulkifli Bin Abu Bakar

Bendahari : Ahmad Azran Bin Mohd Noor

Jualan Silaj Napier Organik dibuka sekarang

Dapatkan Silaj Napier Organik tinggi Protein dan Mudah Cerna baik untuk Ternakan Ruminan seperti Lembu, Kambing dan Rusa anda.

Boleh hubungi pihak Urusetia atau pandu lalu di Kebun Napier Koperasi di Batu 21 Ajil Hulu Terengganu

Our affiliate courses are designed by experts who have years of experience and proven results in the affiliate marketing industry.

Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Unable to find form

Copyright 2024. All Right are Reserved. Affiliate Content Creator